Monday, November 16, 2015

Rindu. #1

Bismillahirrahamanirrahim. Assalamualaikum gais.

Rindu? Haih bila sebut rindu macam-macam benda ada dalam fikiran.
First thing first of course la rindu zaman sekolah dulu kala. Sekolah menengah je okay! Zaman sekolah rendah rindu jugak tapi ye la tak boleh nak disamakan rindu tu dengan zaman sekolah menengah. 5 tahun gais duduk asrama, bayangkan je la ukhuwah tu rapat macam mana kan. Act, kalau nak alkisahkan rindu tentang zaman persekolahan dari tahun 2009 hingga 2013 memang confirm takkan habis kut(iye iye je) tapi serious talk memang takkan habis.

Bila entahnya nak gather sama-sama. But the problem is bila nak buat reunion ada yang still dekat u so memang susah gila nak kumpul sama-sama. Bila ada yang tengah senang lenang duk kat rumah goyang kaki makan tidur and so on orang lain sibuk hempas pulas siapkan esaimen dan study.

Hm.

Hopefully one day ada la reunion untuk kita-kita je T.T please kay. Semua wajib hadir kihkih.


Kadang tu bila nampak je orang pakai baju sekolah atau baju batik/(baju asrama/baju outing) rasa nak nangis. Eh tetiba. Haha sebabnya rasa macam nak sekolah lagi macam tu la. Zaman u sekarang ni haih kalau nak cakap complicated tu tak la. Kelas bukan pack macam waktu sekolah dulu. Tapi perbezaan tu ketara gilaaaa.

Dulu ada yang pantau kita macam mana, dekat u nafsi nafsi laa jawabnya. Maybe ada yang concern to each other pasal study atau attitude tapi takkan pernah sama dengan waktu dulu. Dulunya ada problem rasa senang je nak lepas dekat someone yang rapat dengan kita. But now, ada masalah ku pendam kan saja. Agak susah laa nak share apa masalah tu even dengan roommates sendiri.

Yang nostalgiknya lagi sekolah dulu bukan macam sekolah orang lain. Hihi sebab uniknya sekolah kiteorang dipisahkan antara menengah atas dengan menengah bawah, Then lokasi tepi pantai pulak tu, dar menengah atas (asrama) macam lebih kurang chalet 3 bintang? Even dah dua tahun tinggal zaman persekolahan tapi rindu tu sampai bila-bila takkan pernah hilang :)

dar :)

**Harapnya ukhuwah kita sampai bila-bila. Sampai ke syurga inshaAllah.

"Even you did not say anything, i will always support you."

Salam sayang 


10 comments:

  1. Salam Zakira :)

    Kak Nini pun dah lama tinggal sekolah. 3 tahun dah masuk tahun ni. Memang tak nafi rindu sangat zaman persekolahan. Tak pernah pun terfikir akan rindu macam ni masa zaman sekolah dulu. Bila dah sambung belajar, suasana pun dah lain. Masing-masing fikir hidup masing-masing.
    Takpe la, nama dah pun hidup kan? Keep moving forward.

    I'll pray for your success :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam kak nini. sangat sangat beza kak T.T

      btw, thanks for the du'a. inshaAllah moga2 kak nini pun berjaya :)

      Delete
  2. bila baca entry ni rasa rindu pulak dengan kawan2 masa sekolah dulu T__T

    ReplyDelete
  3. terasa tua diri ini sebab dah lama tinggalkan sekolah..huhuhu

    ReplyDelete
  4. Sekarang semua dah terpisah jauh. nak jumpa pun susah kan.
    Kalau jumpa pun seketul dua je --'
    rindu nya time sekolah :(

    ReplyDelete
  5. Akak pun rindu zaman sekolah menenegah juga. Dah 5 tahun tinggalkan sekolah.

    ReplyDelete
  6. normal la tu rindu sekolah...
    keep moving forward ok~

    hopefully awak akan dapat kawan baru utk luahkan apa yg terpendam :-)

    ReplyDelete
  7. em, yang chalet tu rasa tak sampai 3 bintang kut zakira hahahah , nak bagi bintang pun tawar hati hahaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha saje je laa main main okay cepat update please.

      Delete
    2. bersyukur jelaa

      Delete