Saturday, November 15, 2014

Teruskan Usahamu!

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan hai readers.

Sekejap ada sekejap takde. Hm. Nak express something dekat sini pun perlukan mood yang baikkk punya hehe jadi hari ni mood baik tu datang.

Oke sebenarnya result sem 1 dah dapat a week ago. Abt the result, memang tak tinggi pointer macam orang lain. Sangat jauh berbeza even lepas dari kena repeat semua tapi still rasa tak cukup. Rasa iri hati gilaaa gilaa dekat orang lain yang duduk atas dari kita.


And at that time, tiba tiba terfikir.

Ini ujian yang Allah nak bagi. Kita selalu rasa tak cukup bila mana kita lihat orang yang berada di atas kita. Dan kita akan merasa selesa bila kita lihat orang yang berada di bawah kita. Peringatan Allah tu datang dari pelbagai cara samada kita sedar atau pun tak.

Mulanya rasa down sangat sangat dengan result yang tak seberapa sebab expect tinggilah kononnya. Tapi, bila dapat kata-kata motivasi dari kawan kawan saya dapat something yang worth la.

Saya pernah rasa down sebegini rupa masa tahun lepas bila kena turun kelas sebab result jatuh daripada orang lain. Hampir seminggu hilang semangat nak study semua. Padahal SPM dah dekat sangat sangat masa tu.

Tapi,

Sekali kita jatuh tak selama-lamanya kita jatuh. Cuma perlukan masa la untuk rawat sedih bila gagal capai apa yang kita nak. Dan lepas tu, saya buang rasa sedih tu belajar macam biasa. Nak capai apa yang saya nak.

Alhamdulillah Allah kurniakan rezeki masa result SPM even tak dapat straight A tapi kepuasan kegembiraan tu ada.


Dan.

Begitulah kehidupan dekat universiti yang saya kena alami dengan persaingan yang amat sengit. Semua orang nak dean list nak 4 flat. Siapa tak nak dean list  dan 4 flat tu memang something wrong somewhere la kan?

Apa yang penting, belajar untuk capai redha Allah. Menuntut ilmu kerana Allah. Cuma kita perlu usaha untuk bangunkan diri kita, happykan family dan sumbangkan sesuatu untuk ummah.

Jangan sekadar belajar sesungguh yang mungkin dan lupa nak tunai apa yang WAJIB. 4 flat tu tak ke mana jugak kalau redha Allah kita tak cari.

Sungguh ini peringatan untuk dri sendiri dan semua. Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya, Samada gagal atau berjaya itu semua ujian. Yakin dengan janji Allah.

Salam sayang.

18 comments:

  1. kalau dah usaha, redha je la. .ada hikmah semua tu kan. .xpe la. .next sem kan ada? hehe. .try bagus2 lepas nie. . :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa next sem masih ada. Hehe, inshaAllah :)

      Delete
  2. Betul tu sayang. Apa pun senyum. Kita dah usaha sebaik mngkin jadi itulah hasil yang kita dapat. Mungkin tak baik buat kita, tapi sebaliknya baik bagi Allah. Fikirkan hikmahnya mungkin Allah tak bagi rata sebab Allah tahu kita manusia sering alpa di zon selesa. Allah.

    "Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar,"

    "(Iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata "Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Rajiun" (Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali)"

    "Mereka itulah yang memperoleh ampunan dan rahmat dari Tuhannya, dan merekalah orang-orang yang mendapat petunjuk."

    Al-Baqarah : 155-157 :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah, thank untuk kata kata yang penuh inspirasi ni. Bermakna sangat! Moga Allah memberkati Miza

      Delete
  3. jangan berputus asa.. masih ada lagi peluang untuk awak dapatkan pointer yang terbaik.. Ira pun macam tu jugak, kadang-kadang jelez sangat bila tengok kawan-kawan dapat pointer tinggi.. yela kan ~ rasa rendah diri sangat2.. tapi apa-apa pun, Allah dah tetapkan rezeki kita dekat mana.. mungkin sem yang akan datang awak boleh dapat pointer yang terbaik.. In Sha Allah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin aminn. Thank you ira :) i wish u the best.

      Delete
  4. Betul tu. Setuju sangat. Akak selalu rasa macam ni juga sejak masuk U. Tapi, lepas tu, belajar untuk perbaiki diri sendiri dan sentiasa ingat yang mesti ada something yang Allah dah tentukan untuk diri akak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang penting kita kena terus sentiasa positif, InshaAllah. Thank you kak farah.

      Delete
  5. one of my lecturer said tht, what is the most important bila kita belajar is not 4 flat or pointer yang tinggi but mesti sentiasa ada perubahan yang positive dalam diri.
    barulah kita betul betul belajar.
    ehe. wish you all the best and good luck =D

    ReplyDelete
  6. apa yang zakira rasa, sama macam apa yang akak rasa. tapi takpe.. kita dah buat yang terbaik. kalau bukan sekarang rezeki kita.. inshaa Allah one day (:

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah kak zati :) one day kita mesti dapat kan.

      Delete
  7. zakira afinaaaa ku sygg . hehe . byk kali kn mncul kt cbox akak . hehe . sorry dear akak xsmpt nak usha2..internet quota low. hehe . dear.. mmg rasa sakit perit masa kita down . yaa take time nak up balik.. all are true .. xpe sygg.. Allah dah bg rezeki yg dh ckup baik utk kita tuu ..syukur :) truskan usaha adk sygg . Allah sentiasa dgn adik akak ni :*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe betul tuu kak yayaa. InshaAllah, ini ujian sebagai penaik semangat :)

      Delete
  8. Jangan putus usaha, buat sehabis mungkin and selalu ingat pada DIA.. InsyaAllah berjaya ^__^
    kalau dah cukup semua tu, mungkin Allah menguji kita dan mungkin juga ada hikmah :)
    Good luck btw ^___^ Don't give up mwhehehe XD

    ReplyDelete
  9. Hehe. Paham-paham pernah rasa jugak. Dont give up zakira. pointer it's just a number, but apa yg lagi penting how we practice the knowledge. InsyaAllah banyak sem lagi nak kejar dean list. Gudluck for the next. :D

    ReplyDelete
  10. pernah rasa bila trial SPM teruk gilaaaaa haritu. thanks for the reminder sis :))

    ReplyDelete
  11. Sama lah kita result asyik taknak okay je. Takpelah, dah takde rezeki kann. Yang penting jaga solat, utamakan parents :)

    ReplyDelete