Wednesday, November 23, 2011

27 Zulhijjah

Photobucket

 Alhamdulillah, akhirnya Allah memberi petunjuk buat hambaNya walaupun tidak secara keseluruhan, tapi syukur kepadaNya atas petunjuk yang diberi. Betul kata orang, masih belum terlambat untuk berubah, yang pasti niat kita betul-betul ikhlas menuju mardhatillah. Jangan sesekali berputus asa untuk berubah ke jalan yang benar kerana Allah tidak suka akan hambaNya yang berputus asa, malah Allah memberi kekecewaan utnuk kita supaya kita berusaha untuk mencari kebahagiaan dan ketenangan. Dengan izin Allah kita pasti akan menemuinya.

 Gunalah waktu yang ada ney untuk berfikir sejenak, apa guna hidup di atas muka bumi sekiranya kita gagal melaksanakan amanah yang sebenar-benarnya dilakukan oleh seorang insan yang memikul tanggungjawab sebagai seorang khalifah? Kita ini ibarat pelakon yang sedang mementaskan drama di layar muka bumi, dan Allah menjadi Maha Hakim, mengadili semua pelakonNya, dan hanya Allah sahaja yang berhak menentukan hina atau mulianya seseorang hamba itu. 

gunalah masa untuk berfikir..

 Memandangkan kita semakin menghampiri Awal Muharram, tanamkan satu tekad untuk melakukan penghijrahan, penghijrahan dari seluruh aspek! kalau tak mampu untuk melakukannya secara drastik, tak pe, lakukan slow2, mana tahu satu hari nanti kita berjaya..bukan mudah untuk mendekati kebaikan kerana kita sering dihalang oleh kejahatan yang menghasut dan datang menghampiri kita, tapi percayalah pada diri..cari diri kita yang sebenar dan hitunglah diri kita sebelum kita dihitung di alam akhirat kelak..

 Malam ni punyelah sejuk, macam duk kat Greenland la!! :), hyperbola betul..ye la, nak menggambarkan sejuknya malam ney..terketar-ketar menaip di papan keyboard, ha3..#kalau ayat ney hyperbola ke??btw, berdebar-debar nak tunggu result bulan 12 ney, dengar perkataan RESULT pun takut, apatah lagi nak mengambilnya nanti..alahai, kalau boleh jangan ade sesiapa pun sebut perkataan result!!kecuali saya :) kalau nak sebut jugak, tanya mood dulu, tengah oke ke tak, kalau oke line clear la..

aku damba cintaMu, ya Allah..

p/s : semoga kita diberkati Allah, pesanan untuk diri sendiri kerana sedar diri ini lemah dan perlukan petunjuk dari Ilahi..







2 comments:

  1. Perlunya muhasabah dalam diri kita.. nice blog... thx for drop by mine(blogkuyangberhabuk)tu.. ~~ keep blooging yea.. ~:)

    ReplyDelete